Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.
10.54 pagi - Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Turut ditangkap ialah Lu Chuan Boon, pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.
Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.
Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.
Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.
Jumlah yang ditangkap, antaranya:
YB Dr Xavier JayakumarSaudara Low Boon Keat - pembantu kepada YB HeeSaudara Richard Yeow - pembantu kepada YB Dr. CheahYB Mike - KaparSaudara Shahruddin Abu BakarSaudara ThilaiSaudara Loh Boon KeatSaudara Abdul Razak Ismail
Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.
Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.
Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.
Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibupejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.12:10pm - Dr Xavier Jayakumar telah dibawa keluar dari lori polis rusuhan PDRM dan dibawa ke balai polis untuk siasatan seterusnya. Turut dibawa adalah tujuh orang lain yang ditahan. Lu Chuan Boon yang dipukul teruk oleh polis dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan susulan.Pihak polis kini enggan memberikan peguam iaitu Latheef Koyah dan Surendran untuk bertemu tahanan dan menjalankan kewajipan mereka.
2.30pm - YB Hee Loy Sian (ahli Parlimen PJ Selatan), Sangetha Jayakumar (anak perempuan merangkap setiausaha Dr Xavier Jayakumar) serta Azmizam Zaman Huri (Ketua AMK Cabang Kota Raja) menemani dan memberi sokongan moral kepada Dr Xavier Jayakumar dan tahanan lain di dalam bilik siasat balai polis seksyen 11. Pihak polis masih belum mahu membebaskan mereka.3:15pm Saudara Faris Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia) datang ke bilik Orang Kena Tahan (OKT) untuk memberi sokongan moral.
petikan blog amk Kota Raja