Sunday, May 24, 2009

Pelancaran Sambutan Hari Ibu Pulau Pinang Oleh DSAI

24.5.09-Ahad. AMK Wanita Permatang Pauh bersama AMK Negeri P.Pinang telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Pulau Pinang. Program yang sepatutnya dilancarkan di Bayan Baru telah di ubah ke Penanti. 

Program ini telah dimulai dengan ucapan YB Zuraidah, MP Ampang dengan menyentuh pentingnya peranan ibu di dalam sesebuah keluarga. Turut hadir YB Yusmadi, Ustas Badrul Amin, Dato' Zahrain, Ketua AMK P.Pauh, Ketua Wanita Negeri P.Pinang. 

Program ini seterusnya dilancarkan oleh DS Anwar Ibrahim.


Dato Zahrain Hashim menyatakan Sambutan Hari Ibu akan menjadi antara aktiviti tetap di dalam kalender program PKR Pulau Pinang.


AMK Wanita Muda memberi belon kepada kanak-kanak yang hadir.

DS Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Ibu. Turut ditayangkan clip ikon Hari Ibu, Allahyarhamah Hjh Che Yan bt Hamid Hussien, bonda kepada DSAI.

DSAI sempat beramah mesra dengan ibu-ibu yang hadir di program tersebut sebelum bergegas ke program seterusnya.

Kak Aisyah, isteri kepada Dr Mansor Osman turut hadir bagi meraikan program Sambutan Hari Ibu.




0 comments: