Lama rasanya tak memblogging... tah ler.. nak mencari berita sensasi x ada pulak... Yang ada pun hanya yg biasa saja..
Isu PRK Penanti memanglah yang sering orang perkatakan terutamanya bagi penduduk di Bukit Mertajam dan Permatang Pauh. Ada yang menyokong, ada yg menolak. Kalau ditanya kepada penyokong pun ada yg masih lg malap kerana penat dgn pilihanraya sebelum ini.
Tapi, apa yg pasti pilihanraya akan berlaku... BN x letak calon? Mungkin tidakkk... Kononnya PRK ini membazirkan wang rakyat kerana si ADUN meletak jawatan kerana alasan2 yg x sepatutnya. Pehh.. BN memikirkan pembaziran wang rakyat... Yang hangpa sapu duit komisyen kapal selam x menghabiskan wang rakyat? Yang setiap kali menteri2 turun kempen, mcm2 peruntukan, bantuan yg hangpa janji, tabur bukan duit rakyat.. BN guna duit rakyat mcm duit mak bapak depa yg punya...
Namun, PKR dan Pakatan Rakyat harus terus bekerja keras bagi memastikan majoriti pengundi faham dengan situasi yg berlaku. Kalau nak ceritakan kerja turun padang si fairus x-tkm1, orang2 Penanti lebih arif. Dia rajin ka, x rajin ka... Tak dinafikan banyak peruntukan yg telah x-man ni keluarkan untuk penduduk2 di DUN Penanti, namun bagi rakyat marhaen yang mereka mahukan para pemimpin atasan dapat meluangkan masa menjenguk mereka, bertanya khabar... Ya lah... depa yg undi bagi hangpa jadi ADUN.
Berdasarkan kajian yg dibuat (laporan kajian baru ja diterima), isu2 rakyat di setiap lokaliti berkaitan sosial, ekonomi, kebajikan, insfrastruktur dan lain2 telah disampaikan untuk pihak PKR memastikan bakal calon Penanti & bakal TKM1, faham dan perlu selesaikan sesegera yg mungkin.
Mulai hari ni, kesibukan akan dirasai... Penanti oooo... Penanti (nasib dekat dengan rumah aku)..
p/s: Boss aku, YB Law CK ke Taiwan 2-8 Mei (Ole2 jangan lupa boss).. aku n zul kena tinggal....
Aku kena tengok Penanti, Zul kena check lagi 12 kuari... (steady bro.. korek jgn tak korek, 2 kuari, RM6 juta dah Kerajaan Penang dapat... ini kerana pendedahan oleh Din Binjai juga)
KES ANAK NAK BERANCUK - PAKAI DUIT KERAJAAN
19 minutes ago


0 comments:
Post a Comment